Gubahan Hantaran, Tema Kehijauan, Pakaian

Gubahan Hantaran Pertunangan Selebriti

gubahan hantaran pakaian tema kehijauan
Hantaran ketika majlis pertunangan Asyraf Muslim.

Bahan-Bahan:

Sehelai kain/pakaian, Dulang, Bunga tiruan, Reben organza, Gunting, Dawai, Kertas balut berkilat, Pemotong dawai, Gam tembak

Panduan Gubahan:

Gubah bunga tiruan membentuk jambangan mengikut selera anda. Kalau takde idea boleh ikut sebijik seperti gambar. Gubahan bunga untuk diletak di bahagian paling atas samada di bahagian sudut dulang atau betul-betul di bahagian tengah mengikut kreativiti anda.

Benda berwarna ‘silver’ atau perak di bahgian bawah akan menaikkan seri bunga gubahan.  Untuk buat ‘ranting-ranting silver’ tu, anda boleh gunakan kertas balut berkilat yang digubah dengan dawai halus kilat mengikut kreativiti.  Nak lebih mudah, beli jer yang dah siap pasang di kedai.

Letak gubahan ikut layer – dulang (seeloknya cari juga kain dengan warna yg sesuai dengan gubahan bunga sebagai pelapik dulang, kalau rasa tak sesuai tak mengapa), kemudian ranting-ranting reben organza tadi, kemudian pakaian dan atas sekali gubahan bunga. Rapikan agar nampak kemas.

P/s:  Kalau takde idea tuh, ikut jer macam dalam gambar, bukannya ada org perasan pun samada sama dengan majlis Asyraf Muslim. Kalau ada pun apa salahnya kan. Mungkin juga ada yang memuji pabila melihat gubahan hantaran ala-ala selebriti gitu.

idea hantaran berkaitan:

hantaran pertunangan . gubahan hantaran tunang . hantaran buah . gubahan kain pasang . gubahan hantaran kain pasang .
zv7qrnb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>