Hantaran Coklat, Gubahan Bunga, Merah Putih

Gubahan Hantaran Coklat, Kombinasi Merah Putih

hantaran coklat merah putih
Bahan-Bahan:

Balang plastik atau kaca, Coklat, Dulang kayu berukiran menarik, Bunga tiruan, Reben, Gunting, Span putih, Gam tembak

Panduan Gubahan:

Mula dengan dulang ukiran kayu sebagai platform asas.

Potong span mengikut saiz yang sesuai dan letakkan dalam dulang.

Seeloknya gamkan span ini di dalam dulang agar kedudukannya tetap.

Span ini akan menjadi tapak untuk melekatkan bunga tiruan.

Gubah bunga dan perbetulkan kedudukan mengikut citarasa. Lihat gambar sebagai panduan.

Kemudian masukkan balang yang telah siap diisi coklat di bahagian penjuru. Lilit reben pada balang dan ikatkan balang pada dulang agar balang tidak mudah bergolek bila dulang diangkat. Rapikan agar nampak kemas.

P/s:  Cuba perhatikan dari segenap penjuru dan buat ‘touch up’ untuk memastikan gubahan hantaran coklat tersebut tampak cantik di mata.

idea hantaran berkaitan:

gubahan hantaran . gubahan hantaran pertunangan . hantaran merah putih . gubahan hantaran balang kaca . gubahan bunga .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>