Hantaran Pertunangan, Cokelat Dalam Peti

Gubahan Hantaran Tunang, Coklat Ferrero Roche dalam Peti Harta Karun

Bahan-Bahan:

Peti harta karun (dengan corak unik), Bunga gubahan tiruan, Rantai tiruan, Coklat Ferrero

Idea Gubahan:

Hantaran ini tak begitu susah untuk digubah. Ia akan tampak menarik kalau dapat cari kotak atau peti ala-ala peti harta karun yang menampilkan elemen klasik dan elegan.

Susun coklat ikut kreativiti sendiri. Nak letak bertindan-tindan pun tak mengapa asalkan nampak kemas.

Untuk penampilan yang lebih memikat sesiapa yang memandang, letakkan pula uraian rantai mutiara olok-olok di atasnya dan hiasi juga dengan bunga gubahan tiruan.

Pastikan bunga-bungaan tu tak terlalu over supaya ke’elegenan’ dan mistik peti harta harun tetap menonjol penampilannya. Lihat gambar sebagai panduan.

P/s:  Sangat sesuai untuk dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan yang banyak melibatkan penggunaan hantaran berbentuk makanan i.e. buah-buahan dan coklat-coklatan.

idea hantaran berkaitan:

gubahan coklat ferrero rocher . gubahan hantaran coklat harta karun . gubahan coklat harta karun . hantaran coklat harta karun . hantaran coklat ferrero rocher . barang hantaran tunang simple . hantaran peti . koleksi gubahan coklaat dalam peti . Kotak harta karun untuk hantaran coklat . gubahan harta karun .

Speak Your Mind

*