Hantaran Tunang, Buah-Buahan

Gubahan Hantaran Tunang, Buah-Buahan Segar

Contoh dan panduan gubahan hantaran tunang atau perkahwinan menggunakan buah-buahan.
hantaran buah-buahan, hantaran tunang

Bahan-Bahan:

Buah-buahan segar (3 – 5 jenis), Dulang cantik, Bunga tiruan

Panduan Gubahan:

Gubahan hantaran menggunakan buah-buahan adalah pilihan yang simple dan mampu menyerlahkan seri majlis. Yang pentingnya, perlu teliti dalam beberapa perkara.

Buah yang dipilih perlu yang segar dan seeloknya yang tahan kesegarannya untuk beberapa hari. Untuk itu pastikan jangan terlalu awal membeli buah untuk gubahan. Dan, pastikan buah-buahan disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran sebelum hari majlis.

Masih isu pilihan buah. Dalam memilih buah-buahan tu, biarlah satu atau dua jenis dipilih dari jenis buah yang ‘diketahui’ mahal atau jenis buah yang susah didapati. Barulah ada uumph… dan nampak elemen penghargaan tinggi bagi pihak yg memberi. Kalau pillih buah yg biasa-biasa jer kurang uumph..

Dulang atau tempat untuk mengisi buah tu pula selalunya dipilih dari jenis kaca (berbanding jenis besi). Ini mungkin ada kaitan dengan isu kebersihan. Rasanya kalau guna bekas kaca, nampak lebih bersih.

Susunan buah. Ini juga sangat penting! Susunan nie perlukan kreativiti tinggi dan biar buah-buahan yang tertentu nampak lebih menonjol dari yang lain. Selain itu, gubahan susunan nie perlu juga disulam dengan bunga-bunga tiruan untuk menambah seri.

P/s: ¬†Lihat gambar… simple jer bahan-bahan yg digunakan. Tapi dengan cara susunan dan pilihan buah, hantaran buah-buahan tuh nampak betul-betul berseri dan something special.

 

idea hantaran berkaitan:

hantaran tunang . gubahan hantaran buah . gubahan buah-buahan . gubahan buah hantaran . gubahan buah buahan .
m4s0n501

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>