Ilham Hantaran Beg Tangan

Gubahan Hantaran Beg Tangan Bunga-Bunga

hantaran beg tangan

Wow! Itu yang terungkap sebaik sahaja memandang gubahan hantaran beg tangan yang tertera. Simple sahaja, tapi nampak cukup menyerlah.

Rahsia yang mengangkat keserlahan hantaran tersebut ada tiga faktor: pertamanya pemilihan bekas yang perlu tampak mewah. Make it simple, tak perlu dulang atau bekas dengan kombinasi warna yang pelbagai. Satu warna pun cukup yang kemudian disematkan dengan warna yang melambangkan ‘kemewahan’ – of course, in most cases warna emas atau golden color!

Keduanya, pilihan hiasan bunga. Pilihan bunga dan susun aturnya menimbulkan rasa ‘segar dan semulajadi’. ┬áDalam aspek ini, perlu banyak buat eksperimen. Boleh juga curi-curi idea dengan melihat cara penggubah bunga profesional menyusun atur letak kedudukan bunga-bungaan. Once dah dapat ilham, jangan tiru bulat-bulat, sebaiknya buatlah beberapa demo atau eksperimen ikut citarasa sendiri sesuai dengan saiz dan bentuk bekas hantaran.

Yang ketiganya ialah riben kat beg tangan tu. Cuba bayangkan kalau takde riben tu. Mungkin akan ┬ákelihatan kureng sikit kan..! So, bergantunglah juga kepada jenis barangan hantaran dan warnanya yang nak diletak kat atas dulang hantaran tu. Kalau dirasakan warnanya sedikit dull, mantapkan kembali dengan sedikit ‘touch-up’ sebagaimana contoh di atas yakni dengan hanya satu lilitan riben yang simple.

idea hantaran berkaitan:

hantaran 2016 . gubahan beg tangan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.